Zikir Selepas Solat Fardhu – Hadith dan Keutamaannya

Zikir Selepas Solat Fardhu – Hadith dan Keutamaannya post thumbnail image

Antara zikir dan ayat Quran yang afdhal dibaca selepas selesai solat fardhu ialah :

أَسْتَغْفِرُ الله َ(ثلاث) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Artinya : “Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah adalah pemberi keselamatan, dan dari Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.”

( Hadith Muslim )

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Artinya : “Tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi Nya. Bagi Nya puji dan bagi Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang bolih menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang bolih memberi apa yang Engkau halangi. Tiada berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya. Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.” (Hadith Muttafaq “Alaih)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi Nya. Bagi Nya kerajaan dan pujaan. Dia Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada Nya. Bagi Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dengan memurnikan ibadah kepada Nya, sekalipun benci olih orang-orang yang kafir.” ( Hadith Muslim )

Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat :

سُبْحَانَ اللهِ(33 ×) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)وَاللهُ أَكْبَرُ (33 ×) لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Dan Allah Maha Besar. (Tiap satu tiga puluh tiga kali). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi Nya kerajaan. Bagi Nya pujaan. Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

… maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.” (Hadith Muslim )

Membaca ayat Kursi :

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Sesiapa membacanya setiap selesai sembahyang, maka tiada yang menghalanginya masuk ke dalam syurga selain mati.” (Hadith Nasaa’i dan Ibnus Sunni )

Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاس

( Hadith Nasaai, Abu Daud & at-Tirmidzi )

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. 10× بعد صلاة المغرب والصبح

Artinya : “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya, bagi Nya kerajaan, bagi Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

(Dibaca 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh. (Hadith Tirmidzi )

Kelebihan Berzikir Berjemaah

Allah s.w.t berfirman :

وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ

Artinya: “Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir) samada pada waktu petang atau pun pagi dalam mengharapkanNya” ( Al-Kahfi: 28 )

– Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang artinya:

“Sesungguhnya bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar mencari ahli zikir.

Maka,apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah, mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain) :

“Marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia”. ( Hadith Bukhari )

– Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke himpunan para sahabat r.a. Lalu Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut) :

“Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami memeluk Islam.”

Sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat” ( Hadith Muslim )

– Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata,bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah duduk sesuatu kaum pada suatu majils untuk berzikir kepada Allah melainkan para malaikat akan menaungi mereka, akan melimpah rahmat ke atas mereka dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka”. ( Hadith Muslim )

Imam Nawawi dalam mengatakan bahawa :

“hadith-hadith ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai“.

Sheikh Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) mengatakan pada Kitab “Al-Bayan“ :

Bahawa: “Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan sunnah yg bersandarkan dalil syarak”.

Kesimpulan

Antara sunnah yang sangat elok diamalkan ialah berzikir selepas sembahyang 5 waktu bagi lelaki dan wanita.

Harus membaca zikir2 yang baik yang lain tetapi apa yang datang dari hadith2 Nabi adalah paling afdhal.

Harus berkumpul untuk berzikir secara beramai-ramai samada selepas menunaikan solat atau pada waktu yang lain.

Harus berzikir sendirian atau secara berjemaah dan zikir berjemaah dengan mengikut imam itu lebih afdhal kerana Nabi saw memuji jemaah yang sedang berzikir.

Jika imam dan makmum berzikir secara sendirian maka hukumnya adalah harus.

Afdhal makmum tidak bangun selepas sembahyang dan berzikir bersama-sama imam sampai selesai.

Jika makmum ada keperluan maka tidak menjadi kesalahan makmum tersebut zikir sendiri secara ringkas kemudian menunaikan hajatnya.

Perkataan yang mengatakan tidak bolih berkumpul untuk berzikir dan tiada zikir selepas solat fardhu ialah perkataan orang-orang jahil lagi bodoh.

Harus orang yang tidak ada ruang untuk berzikir secara duduk ia berzikir secara berdiri atau berjalan atau sambil memandu kenderaan dan dapatlah mereka pahala sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith di atas.

Wallahua’lam

ที่มา: fb: Ustaz Azhar Idrus

ทิ้งคำตอบไว้

โพสต์ที่เกี่ยวข้อง

ดุอาและซิเกรฺ หลังละหมาด 5 เวลา

บทดุอาและซิเกรหลังละหมาด 5 เวลาบทดุอาและซิเกรหลังละหมาด 5 เวลา

อ่าน อัสตัฆฟิรุลลอฮฺ 3  ครั้ง อัลลอฮฺฮุมมา อันตัสส […]